Tuesday, April 26, 2011

Kemudahan

Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan di Pusat Sumber SMVDSMZ :
  • Mempunyai 10 buah set komputer yang dilengkapi kemudahan internet.
  • Antivirus.
  • Kemudahan mencetak hasil kerja.
  • Kemudahan tempahan bagi membolehkan para pelajar untuk menempah sebelum menggunakannya agar tiada perebutan ketika menggunakannya.
  • Terdapat 6 orang Pengawas Pusat Akses yang boleh membantu pelajar ketika mengendalikan komputer.

Peraturan Makmal Komputer

1.Pengguna tidak boleh masuk ke dalam pusat akses sekolah tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.
2.Kemaskan pusat akses sekolah sebelum keluar.Aturkan semula kerusi supaya kemas.
3.Dilarang membawa beg,makanan atau minuman ke dalam pusat akses sekolah.
4.Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian kecuali dengan kebenaran guru bertugas.
5.Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada pusat akses sekolah.
6.Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau sambungan kabel yang terdapat di belakang komputer.
7.Dilarang memasukkan sebarang perisian luar dan mengubah perisian luar dan mengubah konfigurasi komputer
8.Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras komputer.
9.Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log.

Kursus Membina Blog FT17

Satu Kursus membina blog anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka akan diadakan di SMV Datuk Seri Mohd Zin. Ia akan berlangsung pada ketetapan berikut :

Tarikh : 26 April 2011
Masa : 8.00 - 5.00
Tempat : makmal Komputer SMV Datuk Seri Mohd Zin